Sunday, June 19, 2011

AKADEMI LAUT MALAYSIA TUBUH UNIT PALAPES - LAUT

Lawatan ulung Panglima Tentera Laut, Yang Berbahagia Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Hj Jaafar ke Akademi Laut Malaysia (ALAM) pada hari ini merupakan catatan sejarah apabila Pasukan Latihan Pegawai Simpanan Laut atau lebih dikenali sebagai PALAPES-Laut telah ditubuhkan secara rasminya pada 1 Ogos 2010 dan ini merupakan penubuhan yang pertama kalinya diwujudkan di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

ALAM merupakan anak syarikat milik MISC Berhad yang merupakan Institusi Latihan Maritim dan diberi taraf IPTS. ALAM menawarkan program diploma dalam jurusan Kejuruteraan Marin dan Sains Nautika. Tempoh pengajian bagi kedua-dua jurusan tersebut adalah seiring dengan program PALAPES – Laut iaitu selama tiga tahun. Sejak penubuhannya, ALAM telah banyak melahirkan para profesional berkelayakan bagi keperluan kapal dagang kepunyaan MISC Berhad dan agensi perkapalan swasta yang lain.



ALAM selaku peneraju utama institusi latihan maritim di Malaysia dan bertaraf antarabangsa telah dilengkapi dengan kemudahan latihan maritim bertaraf dunia. Penubuhan PALAPES – Laut ALAM dilihat sebagai satu perkongsian strategik di antara TLDM dan MISC Berhad dalam memanfaatkan prasarana yang sedia ada. Perkongsian ini secara langsung menjadi pendokong dalam merealisasikan konsep Pertahanan Menyeluruh atau HANRUH seperti yang termaktub di dalam Dasar Pertahanan Negara. Melalui program PALAPES – Laut ALAM, ianya bakal menjana para pegawai Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM) yang mempunyai ilmu kemahiran kelautan yang tinggi dan terlatih. Perkongsian ini juga, sudah pasti akan melahirkan sumber modal insan yang versatil seiring keperluan pertahanan maritim negara di samping memberi sumbangan yang berkesan kepada TLDM dan kepada MISC Berhad sendiri.



Sesungguhnya PALAPES – Laut ini diwujudkan berdasarkan kesedaran dan kepercayaan bahawa para mahasiswa yang berkelayakan boleh dijana menjadi sumber utama modal insan yang bukan sahaja berkelulusan akademik tetapi boleh menyumbang kepada mana-mana organisasi sebagai seorang anggota yang berdedikasi, patriotik dan multi – skilled. Penubuhan PALAPES – Laut juga memberi peluang kepada mereka untuk melibatkan diri dalam aktiviti ketenteraan selepas tamat pengajian sebagai pegawai di dalam Pasukan Simpanan Sukarela TLDM.



Menyedari manfaat yang bakal diperolehi oleh kedua-dua pihak, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif MISC Berhad pada ketika itu, Encik Amir Hamzah Azizan telah memajukan permohonan kepada TLDM untuk menubuhkan unit PALAPES-Laut di kampus ALAM, Melaka. Kesediaan ALAM memberi pendedahan latihan ketenteraan kepada para penuntutnya amat dihargai kerana misi ini dilaksanakan atas dasar komitmen dan tanggungjawab kepada keselamatan dan keamanan negara.



PALAPES-Laut ALAM telah beroperasi sepenuhnya dengan kekuatan seramai 9 staf tetap Kini, pengisian staf tetap TLDM sebagai pentadbir telah dilaksanakan sewajarnya dan TLDM dan 35 Pegawai Kadet dari pengambilan pertama PALAPES-Laut ALAM. Seterusnya, pengambilan PALAPES – Laut ALAM ini akan diteruskan pada setiap tahun dengan sasaran seramai 35 hingga 50 pegawai kadet bagi setiap kali pengambilan. Oleh yang demikian, kita bakal mempunyai seramai 105 hingga 150 pegawai kadet PALAPES – Laut ALAM menjelang tahun ketiga penubuhannya iaitu pada tahun 2012. Selain itu, Encik David Fredrick iaitu Ketua Pegawai Eksekutif ALAM telah dikurniakan tauliah Komander (Kehormat) PSSTLDM berkuat kuasa 1 Okt 10 dan dilantik sebagai Komandan PALAPES-Laut ALAM yang pertama. TLDM turut menyahut seruan Kementerian Pertahanan Malaysia agar menggalakkan golongan bukan bumiputera menyertai pasukan beruniform.



Program PALAPES-Laut dilaksanakan selaras Skim Latihan Pegawai Kadet TLDM. Keseluruhan latihan dibahagikan kepada enam fasa dan tempoh latihan ialah selama tiga tahun. Para pegawai kadet PALAPES-Laut akan menjalani latihan teori dan praktikal di pusat latihan pegawai TLDM iaitu KD SULTAN IDRIS 1 di Pangkalan TLDM Lumut dan di kapal-kapal TLDM termasuklah di ALAM sendiri. Setelah berjaya menamatkan latihan, pegawai kadet PALAPES-Laut akan ditauliahkan sebagai Leftenan Muda PSSTLDM.

Eksesais 10 hari tingkat kerjasama ketenteraan

KUANTAN 6 Jun - Eksesais Kerjasama Kesiagaan dan Latihan 2011 (CARAT 2011) antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan Tentera Laut Amerika Syarikat (USN) dilihat sebagai salah satu medium untuk meningkatkan kerjasama antara tentera kedua-dua negara.



Panglima Angkatan Bersama, Laksamana Madya Datuk Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata, eksesais itu berlangsung selama 10 hari bermula hari ini bertujuan meningkatkan keupayaan, perancangan serta pelaksanaan ketenteraan kedua-dua negara.
“Kerjasama dan hubungan dua hala antara ATM dan USN adalah salah satu inisiatif diplomasi ketenteraan yang telah terjalin sejak sekian lama.
“Hubungan akrab ini bukan sahaja diwujudkan di peringkat diplomatik, tetapi lebih signifikan di peringkat ketenteraan,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis perasmian pembukaan eksesais itu di sini hari ini.
Hadir sama Komander Kumpulan Logistik Pasifik Barat (COMLOG WESTPAC), Laksamana Muda Thomas F. Carney.
Ahmad Kamarulzaman berkata, eksesais itu melibatkan 800 pegawai dan anggota ATM serta 1,800 anggota USN melibatkan kawasan Kemaman, Terengganu; Kuantan dan Pekan, Pahang; Mersing, Johor dan perairan Laut China Selatan.
Katanya, CARAT merupakan latihan tahunan siri ke-17 antara ATM dengan USN yang dipersetujui di bawah Program Perjanjian Latihan Bersama Malaysia dan Amerika Syarikat.
Tambahnya, pelbagai latihan akan diadakan seperti pos pemerintah, operasi dan pendaratan amfibia, operasi hutan dan selaman.
“Bagi meningkatkan hubungan dan persefahaman yang baik antara ATM dan USN, program khidmat masyarakat juga akan diadakan,” katanya.
Eksesais itu melibatkan tiga kapal perang milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) iaitu Kapal Diraja (KD) Lekir, KD Lekiu dan KD Terengganu manakala USN membawa bersama tiga kapal perang iaitu USS Tortuga, USS Paulhamilton dan USS Howard.

langkawi pakage

snorkelling baru best,,,,,,

iklan

About Me

My photo
batch 13 palapes laut uitm juga dikenali sbgai pommel 13,..

sayang-sayangku...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Buy Coupons