Sunday, June 5, 2011

Asam Garam Malam Perasmian Mesin Basuh PALAPES Laut (MBPL)- KD Jerung


            Mesin basuh palapes laut atau pun dikenali sebagai MBPL KD-Jerung telah diilhamkan oleh Lt. Muda Mohamad Fuad Abd Rahman PSSTLDM pada satu sesi latihan petang (E.A). Tanggal 26 Julai 2010 MBPL Jerung selamat tiba di Aras 5 Teratai 4, semua PDL yang melihat melemparkan senyuman yang tak terkata panjangnya. Pegawai pula melihat dengan beribu makna dikepala,adegan –adegan latihan mula terbayang jauh dipelosok minda mereka.
            Seminggu berlalu namun MBPL tetap tidak berfungsi lagi, sume tertanya-tanya samada beli tok ditayangkan sahaja atau digunakan. Penantian PDL terjawab bila Lt. Muda Mohammad Yusrin Md Noh PSSTLDM menyampaikan hasratnya untuk mengadakan majlis perasmian MBPL Jerung sebelum ia digunakan. Selang beberapa minggu selepas itu,sorang Jr. midshipmen berpakaian kemas meluru ke bilik tuan Yusrin untuk mendengar arahan tarikh untuk mengadakan majis perasmian MBPL. Tanggal 252359H majlis parasmian MBPL dijalankan, ha malam tu xsenang duduk PDL  membuat pelbagai latihan lasak sebagai salah satu upacara perasmian MBPL.berguling,crawl,berlari pusing level dan macam-macam lagi aktiviti cencored di adakan,..sampaikan ada seorang anggota pdl yg terkorban dan terbaring kaku dalam tandas seorang diri,..sungguh tragik apabila mengenangkannya kembali,ada anggota p.d.l yg lain mengalami kecederaan dibadan akibat aktiviti lasak seperti luka dan mengelecet  ditangan dan kaki,.apapon itu tidak mematahkan semangat anggota p.d.l utuk meneruskan aktiviti ini bagi menyempurnakan istiadat pengtauliahan tersebut,.. Selesai sahaja aktiviti lasak di level dijalankan, Jr.midshipmen intake13 ditugaskan untuk mengadakan satu persembahan atau gimik. Bukan main gempak lagi persembahan yang dilakukan oleh Jr.mids sehingga sume yang melihat terkejut kerana tidak menyangka apabila sorang dari Jr.mids tiba-tiba muncul keluar dari kotak MBPL tersebut diiringi dengan jr mid intak13 yg lain berserta alat pemadam api..hhahaha,..
            Ucapan dan pesanan telah disampaikan kepada PDL, harapan sume agar MBPL dapat bertahan sekurang-kurangnya 4 tahun atau selagi MBPL dapat berjasa kepada navy. Acara perasmian berakhir pada jam 260130H. Walaupun begitu segala asam garam ketika perasmian tidak dapat dilupakan sume. Sekarang MBPL boleh digunakan, harap kepada sume pengguna-pengguna dapat menjaga MBPL seperti harta sendiri, jangan anggap sebagai alat untuk membasuh semata-mata tapi anggaplah ia seperti cahaya yang menerangi aras palapes laut.Terimakasih kepada mesin basuh lama yg lucut tauliah pada hari pengtauliahan  MBPL jerung,..jasa mesin basuh lama yang berkhidmat kepada anggota Palapes selama lebih 4 tahun amat dihargai,.. Sekian selamat berkhidmat MBPL Jerung.-

pkk sahril mansur-via laptop pkk afizan  
         

iklan

About Me

My photo
batch 13 palapes laut uitm juga dikenali sbgai pommel 13,..

sayang-sayangku...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Buy Coupons