Karnival Sukan Palapes Laut 2011
Karnival sukan palapes laut pada kali ini menyaksikan pertemuan antara 5 buah IPT dan sebuah KD .Antara kontijen yang berentap untuk karnival sukan palapes laut kali ini ialah kontinjen Palapes laut dari Universiti Teknologi Mara(UiTM) yang juga merupakan tuan rumah untuk tahun ini,kontinjen dari UM,UPM,ALAM,dan KD Sri Klang.
Karnival Sukan bagi tahun 2011 merupakan kali ke9 diadakan . Tujuan utama Karnival sukan diadakan adalah untuk menyatukan , merapatkan dan saling kenal mengenali antara pelbagai unit palapes di berlainan Unit dan mewujudkan semangat kesukanan kepada setiap kontinjen yang menyertai karnival sukan ini.
Sebanyak tujuh acara dipertandingkan dalam sukan kali ini. Antara acara yang diadakan adalah bola sepak , futsal, bola jarring, bola tampar, renang, olahraga dan hoki geladak . Sukan ini akan diadakan selama dua hari berturut-turut.
Justeru diharapkan semua kontinjen dapat mengambil bahagian dalam setiap acara yang dipertandingkan dan bermain dengan penuh semangat kesukanan. Semoga dengan berlangsungnya karnival sukan ini dapat merapatkan lagi hubungan silaturahim antara warga Palapes Laut di kelima-lima kontijen yang mengambil bahagian .
ATURCARA KARNIVAL SUKAN -UPDATE |
0 comments:
Post a Comment