Friday, September 30, 2011

Pengambilan Anggota Baru Palapes Laut UiTM


pengambilan anggota palapes laut intake 15,..A Whole New Experience

PENGENALAN


Pasukan Latihan Pegawai Simpanan Laut (PALAPES) adalah salah satu cabang dalam PSSTLDM.PSSTLDM merupakan Angkatan Simpanan TLDM yang berfungsi sebagai benteng kedua pertahanan negara. Penyertaan generasi muda di dalam PSSTLDM sejajar dengan konsep HANRUH (Pertahanan Menyeluruh) seperti termaktub di dalam Dasar Pertahanan Negara. HANRUH akan berjaya jika semua sumber negara termasuk sumber manusia terlibat di dalam aktiviti yang menyumbang kepada ketahanan nasional.

PSSTLDM dianggotai oleh pelbagai lapisan masyarakat sama ada daripada sektor kerajaan atau swasta, golongan profesional, pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam.




KELEBIHAN MENYERTAI PALAPES LAUT


Apakah yang anda perolehi apabila menyertai PALAPES (Laut)?



1-Layak untuk mendapat kolej kediaman sepanjang pengajian secara percuma

2- Diberi elaun kehadiran ketika menghadiri latihan.

3- Diberi Pakaian uniform Tentera Laut percuma .

4-Belajar berenang secara percuma.

5- Mengisi masa lapang dengan aktiviti yang menyumbang kepada pertahanan negara.

6- Meneroka bidang baru iaitu melaksanakan aktiviti di laut.

7- Mempelajari kepakaran baru dalam PSSTLDM.

8- Menambah keupayaan`Soft skills’ dengan percuma.

9- Menambah kenalan daripada pelbagai Intitusi Pengajian Tinggi yang lain.

10- Berpeluang melawat pasukan TLDM di serata negara.

11- Layak menyertai insuran berkelompok ATM.

12- Sajian dan penginapan percuma apabila terlibat dengan aktiviti latihan dan operasi..

13- Mendapat rawatan perubatan dan pergigian percuma dimana-mana hospital kerajaan jika kemalangan berlaku semasa bertugas.

14-Ditauliahkan Sebagai Leftenan Muda PSSTLDM oleh YDP AGONG.

 
 

ELAUN MENJALANI LATIHAN


Elaun latihan Tempatan-Dibayar mengikut jam mengikut latihan (1 jam RM 4)Dibayar pada setiap hujung bulan .

Elaun Latihan Berterusan- Dibayar apabila menghadiri latihan berterusan lebih dari 3 hari mengikut kadar gaji pangkat semasa ATM dan jumlah latihan yang Hadir.sehari larihan Rm 40



Bounti(Elaun Tahunan)-Dibayar setiap tahun kepada anggota(kadar bayaran mengikut tahap keaktifan anggota dalam satu tahun)-Rm520



KELAYAKAN MENYERTAI PALAPES LAUT

Pelajar UiTM Shah Alam Yang berminat menyertai Unit Palapes Laut perlulah memenuhi syarat-syarat asas seperti berikut:



1. Warganegara Malaysia

2. Berumur tidak kurang 18 tahun.

3. Sihat tubuh badan (BMI 20-26.9)

4. Mengikuti Pengajian di UiTM Shah Alam dalam ijazah sarjana muda.

5. Pengajian di UiTM sekurang-kurangnya 3 tahun atau lebih.

6. Mempunyai Minat yang tinggi untuk menyertai Palapes Laut.

7. Menghadiri dan lulus Ujian Kecergasan.


ANDA BERMINAT???
1)SILA HADIRKAN DIRI KE STADIUM UiTM PADA WAKTU BERIKUT UNTUK UJIAN KECEGASAN .

i. SABTU-17/09/2011 3PM-6PM ATAU


ii. AHAD-18/09/2011 8AM-11.30AM



2)SILA LAWAT LAMAN SESAWANG INI UNTUK MAKLUMAT LANJUT DAN UPDATE TERKINI TENTANG PENGAMBILAN ANGGOTA BARU PALAPES LAUT UITM- http://pommel13.blogspot.com



3)LAWAT KE BOOTH KAMI DI UNIT KOKORIKULUM DI DEWAN MAKAN DELIMA PADA 12/09/2011 HINGGA 14/09/2011



4)HUBUNGI ATAU HANTAR MESEJ DI TALIAN TERSEBUT UNTUK SEBARANG PERTANYAAN.

i. Markas Palapes Laut Uitm-03-55443898

ii. PKK ABDUL HAKIM (013-9601890)

iii. PKK NURFAZURIAH (019-3914432)

iv. PKK TG AZRUL ARIFF (013-4098526)



boleh ajukan pertanyaan di ruang komen di bawah

0 comments:

Post a Comment

iklan

About Me

My photo
batch 13 palapes laut uitm juga dikenali sbgai pommel 13,..

sayang-sayangku...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Buy Coupons