Lawatan ulung Panglima Tentera Laut, Yang Berbahagia Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Hj Jaafar ke Akademi Laut Malaysia (ALAM) pada hari ini merupakan catatan sejarah apabila Pasukan Latihan Pegawai Simpanan Laut atau lebih dikenali sebagai PALAPES-Laut telah ditubuhkan secara rasminya pada 1 Ogos 2010 dan ini merupakan penubuhan yang pertama kalinya diwujudkan di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).
ALAM merupakan anak syarikat milik MISC Berhad yang merupakan Institusi Latihan Maritim dan diberi taraf IPTS. ALAM menawarkan program diploma dalam jurusan Kejuruteraan Marin dan Sains Nautika. Tempoh pengajian bagi kedua-dua jurusan tersebut adalah seiring dengan program PALAPES – Laut iaitu selama tiga tahun. Sejak penubuhannya, ALAM...